zaman Jepun dulu

zaman Jepun dulu
abang2 dan akak2 ALUMNI 2009 (alumni paling ohhhsome)

zaman maju daa ~~

zaman maju daa ~~
doakan kami STRAIGHT A'S SPM 2013 .AMIIN..(lebih2 lagi tuannye ni la)

Followers

Friday, 20 January 2012

PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol dan Hudud

Mereka melihat hudud itu sekadar hudud semata-mata dan terpisah dari hukum perundangan Islam yang lain. Perundangan Islam bukanlah hanya berkisar pada Hudud semata-mata. Masih ada Takzir, qazaf  dan macam2 lagi.

Mereka hanya faham, apabila berlakunya rogol, perogol hanya akan didakwa apabila wujudnya 4 orang saksi sahja. Mereka lupa dan mungkin tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu bahawa kes berkaitan rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Jadi, dalam kes rogol, sekiranya mangsa rogol gagal membawa 4 orang saksi yang melihat kejadian itu maka perogol masih boleh didakwa melalui undang-undang Takzir di mana beban pembuktian adalah lebih ringan berbanding hudud.

Melalui Undang-undang Takzir, pemeriksaan doctor dan keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis termasuklah rakaman video rogol,  DNA, laporan doktor dan sebagainya dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah ini boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan perogol dengan Undang-undang Takzir. Qarinah juga boleh mengelakkan mangsa daripada kesalahan Qazaf kerana tuduhan ke atas perogol kerana melalui qarinah ia boleh menimbulkan keraguan ke atas kes Hudud dan boleh digugurkan.

Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt).  Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Jadi, jangan kerana kurangnya pemahaman kita kepada sesuatu, kita terus menghukum dan mengatakan ia zalim dan kejam. Tak kurang lagi yang menghina agama sendiri dek kerana pintu hidayah masih belum dibukakan dan tidak ada usaha mencari hidayah.

Mudah-mudahan dengan penerangan tidak seberapa ini dapatlah memberikan gambaran yang lebih kepada  perundangan Islam yang lebih kepada mencegah daripada menghukum. Islam itu indah dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.

No comments:

Post a Comment

Pak Ahmad menjadi posmen..
mencari surat habis digeledah..
kalau berani try r komen..
gerenti menyesal tak sudah2...

*kidding