zaman Jepun dulu

zaman Jepun dulu
abang2 dan akak2 ALUMNI 2009 (alumni paling ohhhsome)

zaman maju daa ~~

zaman maju daa ~~
doakan kami STRAIGHT A'S SPM 2013 .AMIIN..(lebih2 lagi tuannye ni la)

Followers

Wednesday, 5 June 2013

Israk dan mikraj - JADIKAN PENGAJARAN !

ANTARA PROGRAM YANG AKAN DIADAKAN SEMPERNA ISRAK MIKRAJ..JOIN LEW KALAU DEKAT2..PAHALA FREE OF CHARGE.. =)





Assalamualaikum readers.. esok balik sekolah..mud mmg SEMANGAT(ok tipu)..

Pernah dengar cerita Israk Mikraj? Kalau ‘first time’ dengar mesti susah nak percaya bukan? Kalau sekarang di zaman teknologi ni, masih ‘make sense’ lagi kalau ada orang cerita dia ‘travel’ dari BaitulMaqdis ke US satu malam. Tapi, kalau 1400 tahun dulu, uish.. memang agak susah nak percaya. Lagi-lagi, kalau yang ceritakan tu, orang yang kita tak suka. Lagilah hidup-hidup takkan percaya. Albert Enstein pun fikir dua kali jugak nak percaya.
Tapi, dengan Iman, kita tak peduli pun semua anggapan orang lain. Kita ialah orang Islam. Biarlah orang bukan Islam nak buktikan benda ini tipu dan kartun, mati-mati kita akan membantah puak-puak tu. Sebab kita beriman dengan Al-quran dan kita percaya bulat-bulat. 200% percaya tanpa diskaun ‘sale’ masa summer.

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Isra' 17:1
Sekembalinya Nabi Muhammad SAW balik daripada perjalanan Israk dan Mikraj, tentulah Nabi ‘excited’ mahu menceritakan kepada sahabat-sahabat dan orang sekelilingnya. Mana tidaknya, Nabi dihiburkan dengan perjalanan berjumpa Allah. Allahuakbar, besarnyalah mukjizat nabi kita ni!! Selepas kematian isteri tercinta, dan bapa saudaranya pada tahun yang sama, ditolak pula oleh orang Thaif selepas itu, dukacita Nabi SAW, dibalas dengan berjumpa yang maha Esa. Tentunya Nabi SAW terhibur melancong ke arasy. Lalu selepas pulang, mestilah ‘excited’ nak cerita pada semua orang. Kalau kita pun, baru balik Malaysia jer pun, dah nak cerita semua benda yang ‘best-best’ kita buat di Malaysia. Status facebook, tak habis-habis pasal Malaysia. Ini lagilah Nabi setelah di Isra’kan dan diMi’rajkan.
Tapi, Nabi SAW, bila menceritakan pada sahabat-sahabat, sukar sahabat-sahabat nak mempercayai mula-mulanya. Payah akal sahabat-sahabat nak terima cerita Nabi SAW bulat-bulat. Bahkan Nabi SAW diejek dan dicop sebagai orang gila oleh puak musyrikin ketika itu.Ye lah, Nabi SAW bukannya ada facebook dan twitter pun nak ‘update’ aktivitinya waktu itu, kamera Rebel XSi pun Nabi SAW tak ada nak bawak untuk tunjukkan pada sahabat-sahabat masa tu. Hanya lidah mampu bercerita. Muhammad Al-amin yang bercerita, tapi ada di antara sahabat-sahabat sudah mula meragui cerita Nabi SAW, malahan, ada yang sudah mula syak pada ajaran Nabi SAW. Sahabat-sahabat kemudiannya segera mencari ‘besties’ Nabi SAW, Abu Bakar dan menceritakan apa yang terjadi. Lantas, Abu Bakar bertanya kembali pada sahabat, adakah cerita ini semua keluar dari mulut Rasulullah SAW, lalu sahabat-sahabat mengiyakan. Abu Bakar terus sahaja menjawab:
Sesungguhnya aku telah membenarkan baginda terhadap apa yang lebih jauh dari ini. Aku membenarkan baginda terhadap berita dari langit yang baginda bawa. – Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak.
Teguhnya pendirian Abu Bakar tidak berbelah bahagi membenarkan semua yang keluar daripada mulut Nabi SAW. Itulah As-Siddiq gelaran yang agung buat Abu Bakar RA. Sahabat-sahabat juga ikut teguh mempercayai Nabi SAW kemudiannya. Begitulah cerita selepas Israk dan Mikraj. Jadi, begitulah kuasa Allah yang memperjalankan HAMBA-Nya bernama Muhammad SAW. Kita juga tahu, dari Sirah ini, Nabi SAW menunggang buraq, sejenis binatang membawa nabi ke langit tujuh. Pantasnya buraq ini mengalahkan cheetah. Nampaknya National Geographic sudah tersalah fakta kata cheetah paling laju. Buraq lah yang lagi laju sebenarnya. Wakaka. Hmm.. Kan best, kalau sirah Nabi ni, masuk National Geographic. Mesti gempak!!!!.
Rujukan: Al-qayyim.net












No comments:

Post a Comment

Pak Ahmad menjadi posmen..
mencari surat habis digeledah..
kalau berani try r komen..
gerenti menyesal tak sudah2...

*kidding